Group 2




Tuesday, 27 January 2015

Pembentukan Malaysia


 Adakah "MALAYSIA" perlu disebut sebagai "NEGARA MALAYSIA" atau "PERSEKUTUAN MALAYSIA". Apakah yang pembaca faham dengan perbezaan panggilan ini.

Perkataan Negara diperolehi apabila sebuah pemerintahan yang telah dijajah dan mendapat kemerdekaan. Dengan itu, pemerintahan itu akan dipanggil sebuah negara yang merdeka. Persekutuan pula merupakan sebuah gabungan pemerintahan yang berbeza dan bekerjasama untuk memperolehi kemerdekaan bersama~sama. Dalam kes Persekutuan Tanah Melayu, terdapat banyak kawasan yang mempunyai pemerintahan sendiri sebelum bersatu dalam satu nama untuk mendapatkan kemerdekaan. Dengan banyaknya kawasan yang mempunyai pemerintah sendiri maka terbentuklah sebuah Persekutuan Tanah Melayu iaitu gabungan beberapa pemerintahan. Dalam sejarah, Persekutuan Tanah Melayu telah merdeka pada 31 Ogos 1957 dari jajahan British.

Sarawak dan Sabah pula mempunyai pemerintahan sendiri tidak seperti Persekutuan Tanah Melayu yang mempunyai banyak kawasan yang berbeza pemerintah. Sarawak diperintah oleh keluarga Rajah Brooke iaitu satu~satunya yang memerintah Sarawak. Apabila Sarawak mendapat kemerdekaa pada 22 Julai 1963 ianya merupakan sebuah negara merdeka. Ianya dipanggil Negara Sarawak. Seperti Sarawak, Sabah juga mempunyai satu pemerintah iaitu kerajaan British yang dipanggil North Borneo. Sabah tidak mempunyai kawasan yang mempunyai pemerintah yang berasingan, tidak seperti Persekutuan Tanah Melayu. Dengan itu, apabila Sabah memperolehi kemerdekaan pada 31 Ogos 1963, Sabah merupakan sebuah negara iaitu Negara Sabah.


 Disini, pembaca sepatutnya sudah faham status Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka, Negara Sarawak dan Negara Sabah adalah sama. Masing~masing mempunyai tarikh kemerdekaannya sendiri.

MALAYSIA? Bila masa perkataan MALAYSIA diguna pakai? Bukankah hanya ada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah (mungkin Singapura juga) Jadi, dari mana asal usul perkataan MALAYSIA ini.? MALAYSIA wujud setelah gabungan tiga(3) entiti atau tiga(3) pemerintahan yang merdeka. Dengan termeterainya Perjanjian 1963 iaitu Perjanjian 18 perkara bagi Negara Sarawak dan Perjanjian 20 perkara bagi Negara Sabah. Perjanjian ini termeterai pada 16 September 1963. Tarikh inilah barulah bermula perkataan MALAYSIA diguna pakai. Perjanjian ini bertujuan melindungi hak kedua~dua negara ini supaya tidak dicabuli oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.  Jadi, dalam penerangan ini...bilakah MALAYSIA merdeka?BILA? MALAYSIA tidak pernah merdeka? YA! MALAYSIA tidak pernah merdeka. Kerana melalui pengabungan tiga pemerintahan yang sudah sedia merdeka maka wujud lah Malaysia yang merdeka. Dalam pengabungan tiga pemerintahan ini tidak wujud perkataan "menyertai Malaysia" kerana Malaysia wujud setelah pengabungan ini dan Malaysia tidak wujud jika tiada pengabungan tiga pemerintahan ini. Masih tidak faham? Jika ya...Anda mempunyai masalah subjek sejarah atau pun anda telah lulus dengan sangat cemerlang dalam subjek sejarah.

 Dalam pembelajaran di sekolah, dari sekolah rendah hingga sekolah menengah tidak terdapat penerangan yang jelas tentang Negara Sarawak dan Negara Sabah. Sejarah yang dipelajari adalah sejarah Persekutuan Tanah Melayu. Apakah tujuan sejarah Sarawak dan Sabah tidak wujud dalam buku sejarah sekolah? Siapa yang memberi arahan agar hanya sejarah Tanah Melayu yang diajar di sekolah? Kemana hilangnya sejarah Sarawak dan Sabah?

Persoalan seterusnya. Adakah Sarawak dan Sabah setaraf dengan Persekutuan Tanah Melayu. Jawapan yang mudah. YA!. Penerangan yang mudah, Sarawak atau Sabah tidak sama taraf dengan Pulau Pinang, Kedah, Pahang dan yang sewaktu dengannya. Negeri~negeri yang terbentuk di Tanah Melayu adalah di bawa naungan Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Tanah Melayu setaraf dengan Sarawak dan Sabah. Maksudnya, Sarawak dan Sabah adalah lebih besar dari semua negeri~negeri di bawa Persekutuan Tanah Melayu.


Kesimpulannya, pengabungan antara tiga pemerintahan yang merdeka MALAYSIA sepatutnya dipanggil PERSEKUTUAN  NEGARA MALAYSIA. Ini kerana tiga buah kerajaan yang merdeka dan berbeza bergabung menjadi satu. "United State Of  Malaysia" ?

Terlalu banyak persoalan yang timbul dalam kes ini. Adakah bendera Malaysia perlu dikebarkan pada setiap 31 Ogos? Bukankah hanya bendera Persekutuan Tanah Melayu dan Sabah yang patut dikebarkan? Kemana kah sudah bendera Persekutuan Tanah Melayu? HILANG?  Bukankah bendera Malaysia perlu lebih dikebarkan pada 16 September 1963? Bendera Sarawak perlu dikebarkan pada 22 Julai 1963? Kenapakah kerajaan tidak mengambil berat tentang perkara ini? Kenapa kerajaan tidak menjelaskan perkara ini? Terlalu banyak soalan dan terlalu sedikit jawapan. Adakah kerajaan perlu membiarkan generasi baru dan rakyat sendiri mencari jawapan?

Penerangan ini hanyalah melalui pengetahuan sendiri melalui sumber yang terhad. Tulisan ini hanya bertujuan untuk kita berfikir sejenak tentang perkara ini..

Monday, 26 January 2015

Sistem Pemerintahan & Pentadbiran Negara



Objektif Pembelajaran :

1. Mengenal pasti ciri-ciri kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia
2. Membandingkan badan pemerintah dan fungsinya
3. Menyatakan proses pilihan raya
4. Menghuraikan kepentingan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri memantapkan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
5. Menghuraikan fungsi lambang-lambang negara

Jelaskan Ciri-ciri Utama Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen

1. Raja Berperlembagaan
2. Perlembagaan
3. Parlimen
4. Pilihan Raya
5. Kuasa Pemerintahan
6. Parti-parti Politik
7. Kebebasan Asasi

Apakah yang dimaksudkan dengan demokrasi ?

1. Pemerintahan atau kerajaan yang ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya
2. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya

Nyatakan dua corak pemerintahan negara demokrasi .

1. Sistem Raja Berperlembagaan
2. Sistem Republik

Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Raja Berperlembagaan ?




1. Sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri.
2. Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri

Jelaskan ciri-ciri Sistem Republik.

1. Menolak institusi beraja
2. Kerajaan diketuai oleh presiden
3. Presiden dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya
4. Terdapat presiden memegang dua jawatan iaitu sebagai ketua kerajaan dan ketua negara :
a. Perancis
b. Korea Selatan
c. India
d. Filipina

Apakah corak sistem pemerintahan yang diamalkan di Malaysia ?

1. Demokrasi Berparlimen
2. Raja Berperlembagaan

Jelaskan maksud Demokrasi Berparlimen.


1. Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara
2. Raja-raja Melayu lambang taat setia rakyat
3. Rakyat berpeluang membentuk kerajaan
4. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya
5. Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukar kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya

Nyatakan kebaikan amalan demokrasi berparlimen.

1. Berjaya mengekalkan kerajaan yang adil
2. Berjaya membawa keamanan dan suasana harmoni
3. Rakyat yang menentukan teraju pemerintahan
4. Rakyat berhak memilih pemimpin yang adil dan bijak
5. Menjamin keselamatan negara.

Apakah yang dimaksudkan dengan perlembagaan ?


1. Undang-undang tertinggi
2. Asas pembentukan kepada sesebuah kerajaan
3. Dijadikan dokumen rasmi
4. Terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara
5. Menentukan hala tuju pentadbiran negara
6. Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat


Huraikan latar belakang Perlembagaan Malaysia.

1. Diperkenalkan pada 16 September 1963.
2. Mengandungi 183 perkara
3. Mengandungi pelbagai peruntukan :
- Senarai Kerajaan Persekutuan
- Senarai Kerajaan Negeri
- Institusi Yang di-Pertuan Agong
- Parlimen
- Jemaah Menteri
- Badan Kehakiman
4. Perlembagaan Malaysia memperuntukkan :
- Senarai Persekutuan
- Senarai Negeri
- Senarai Bersama

Jelaskan maksud keluhuran perlembagaan.

1. Keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri.
2. Ketertinggian dilihat pada peruntukan kuasa parlimen, kedudukan Yang di-Pertuan Agong, kuasa perundangan dan kebebasan asasi.
3. Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan.
4. Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.
5. Mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah
6. Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak sah
7. Undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
8. Perkara 75, menyatakan, undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya.
9. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian undang-undang..


Sunday, 25 January 2015

"Awan"


Nama : Mohamad Zakwan Hanif Bin Mohamad Rom 
No Matrik : 02ESB14F2006
Umur : 21
Tempat Tinggal : KL/PERAK
Tempat Lahir : Pusat Rawatan Islam, KL
Tarikh Lahir : 17 November 1994

Saturday, 24 January 2015

"Bob"


Nama : Muhammad Arif Aqil Bin Abd Aziz
No Matrik : 02DSB14F2019
Umur : 19
Tempat Tinggal : KL
Tempat Lahir : Hospital Sentosa, KL
Tarikh Lahir : 8 August 1996. 

Friday, 23 January 2015

"Wan"


Nama : Wan Azrie Bin Wan Ariff
No Matrik : 02ESB14F2006
Umur : 21
Tempat Tinggal : Ampang, KL 
Tempat Lahir : Hosp Tanah Merah, Kelantan
Tarikh Lahir : 17 March 1994. 

Thursday, 22 January 2015

"Jai"


Nama : Ahmad Faizal Bin Zainir. 
No Matrik : 02ESB14F2003
Umur : 21
Tempat Tinggal : Gombak, KL
Tempat Lahir : Hosp Besar Kuala Lumpur
Tarikh Lahir : 4 September 1994

Wednesday, 21 January 2015

"Danny"


Nama : Putera Danial Dzarif Bin Sabarrudin. 
No Matrik : 02ESB14F2004
Umur : 21
Tempat Tinggal : Rawang, Selangor
Tempat Lahir :  Hosp Besar Kuala Lumpur
Tarikh Lahir : 28 December 1994