Objektif Pembelajaran
:
1. Mengenal pasti
ciri-ciri kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia
2. Membandingkan badan
pemerintah dan fungsinya
3. Menyatakan proses
pilihan raya
4. Menghuraikan
kepentingan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
memantapkan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
5. Menghuraikan fungsi
lambang-lambang negara
Jelaskan Ciri-ciri
Utama Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen
1. Raja
Berperlembagaan
2. Perlembagaan
3. Parlimen
4. Pilihan Raya
5. Kuasa Pemerintahan
6. Parti-parti Politik
7. Kebebasan Asasi
Apakah yang
dimaksudkan dengan demokrasi ?
1. Pemerintahan atau
kerajaan yang ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya
2. Rakyat bebas
memilih perwakilan melalui pilihan raya
Nyatakan dua corak
pemerintahan negara demokrasi .
1. Sistem Raja
Berperlembagaan
2. Sistem Republik
Apakah yang
dimaksudkan dengan Sistem Raja Berperlembagaan ?
1. Sistem pemerintahan
yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri.
2. Pemerintah dibantu
oleh Perdana Menteri
Jelaskan ciri-ciri
Sistem Republik.
1. Menolak institusi
beraja
2. Kerajaan diketuai
oleh presiden
3. Presiden dipilih
oleh rakyat melalui pilihan raya
4. Terdapat presiden
memegang dua jawatan iaitu sebagai ketua kerajaan dan ketua negara :
a. Perancis
b. Korea Selatan
c. India
d. Filipina
Apakah corak sistem
pemerintahan yang diamalkan di Malaysia ?
1. Demokrasi Berparlimen
2. Raja
Berperlembagaan
Jelaskan maksud
Demokrasi Berparlimen.
1. Rakyat melibatkan
diri dalam sistem pemerintahan negara
2. Raja-raja Melayu
lambang taat setia rakyat
3. Rakyat berpeluang
membentuk kerajaan
4. Rakyat bebas
memilih perwakilan melalui pilihan raya
5. Rakyat berhak
menyokong, mengekalkan atau menukar kerajaan yang sedia ada melalui pilihan
raya
Nyatakan kebaikan
amalan demokrasi berparlimen.
1. Berjaya mengekalkan
kerajaan yang adil
2. Berjaya membawa
keamanan dan suasana harmoni
3. Rakyat yang
menentukan teraju pemerintahan
4. Rakyat berhak
memilih pemimpin yang adil dan bijak
5. Menjamin
keselamatan negara.
Apakah yang
dimaksudkan dengan perlembagaan ?
1. Undang-undang
tertinggi
2. Asas pembentukan
kepada sesebuah kerajaan
3. Dijadikan dokumen
rasmi
4. Terkandung segala
peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan melaksanakan kuasanya dan
mentadbir negara
5. Menentukan hala
tuju pentadbiran negara
6. Menjamin kerajaan
menunaikan tanggungjawab kepada rakyat
Huraikan latar
belakang Perlembagaan Malaysia.
1. Diperkenalkan pada
16 September 1963.
2. Mengandungi 183
perkara
3. Mengandungi
pelbagai peruntukan :
- Senarai Kerajaan
Persekutuan
- Senarai Kerajaan
Negeri
- Institusi Yang
di-Pertuan Agong
- Parlimen
- Jemaah Menteri
- Badan Kehakiman
4. Perlembagaan
Malaysia memperuntukkan :
- Senarai Persekutuan
- Senarai Negeri
- Senarai Bersama
Jelaskan maksud
keluhuran perlembagaan.
1. Keagungan dan
ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri.
2. Ketertinggian
dilihat pada peruntukan kuasa parlimen, kedudukan Yang di-Pertuan Agong, kuasa
perundangan dan kebebasan asasi.
3. Parlimen memperoleh
kuasa daripada perlembagaan.
4. Yang di-Pertuan
Agong tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.
5. Mengatasi Yang
di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah
6. Semua jenis
undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak sah
7. Undang-undang
negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
8. Perkara 75,
menyatakan, undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan
Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya.
9. Mahkamah berkuasa
menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan
ketertinggian undang-undang..



..jpeg)
No comments:
Post a Comment