Perkataan Negara diperolehi apabila sebuah pemerintahan yang telah
dijajah dan mendapat kemerdekaan. Dengan itu, pemerintahan itu akan dipanggil
sebuah negara yang merdeka. Persekutuan pula merupakan sebuah gabungan
pemerintahan yang berbeza dan bekerjasama untuk memperolehi kemerdekaan
bersama~sama. Dalam kes Persekutuan Tanah Melayu, terdapat banyak kawasan yang
mempunyai pemerintahan sendiri sebelum bersatu dalam satu nama untuk
mendapatkan kemerdekaan. Dengan banyaknya kawasan yang mempunyai pemerintah
sendiri maka terbentuklah sebuah Persekutuan Tanah Melayu iaitu gabungan
beberapa pemerintahan. Dalam sejarah, Persekutuan Tanah Melayu telah merdeka
pada 31 Ogos 1957 dari jajahan British.
Sarawak dan Sabah pula mempunyai pemerintahan sendiri tidak
seperti Persekutuan Tanah Melayu yang mempunyai banyak kawasan yang berbeza
pemerintah. Sarawak diperintah oleh keluarga Rajah Brooke iaitu satu~satunya
yang memerintah Sarawak. Apabila Sarawak mendapat kemerdekaa pada 22 Julai 1963
ianya merupakan sebuah negara merdeka. Ianya dipanggil Negara Sarawak. Seperti
Sarawak, Sabah juga mempunyai satu pemerintah iaitu kerajaan British yang dipanggil
North Borneo. Sabah tidak mempunyai kawasan yang mempunyai pemerintah yang
berasingan, tidak seperti Persekutuan Tanah Melayu. Dengan itu, apabila Sabah
memperolehi kemerdekaan pada 31 Ogos 1963, Sabah merupakan sebuah negara iaitu
Negara Sabah.
MALAYSIA? Bila masa perkataan MALAYSIA diguna pakai?
Bukankah hanya ada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah (mungkin
Singapura juga) Jadi, dari mana asal usul perkataan MALAYSIA ini.? MALAYSIA
wujud setelah gabungan tiga(3) entiti atau tiga(3) pemerintahan yang merdeka.
Dengan termeterainya Perjanjian 1963 iaitu Perjanjian 18 perkara bagi Negara
Sarawak dan Perjanjian 20 perkara bagi Negara Sabah. Perjanjian ini termeterai
pada 16 September 1963. Tarikh inilah barulah bermula perkataan MALAYSIA diguna
pakai. Perjanjian ini bertujuan melindungi hak kedua~dua negara ini supaya
tidak dicabuli oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Jadi, dalam
penerangan ini...bilakah MALAYSIA merdeka?BILA? MALAYSIA tidak pernah merdeka?
YA! MALAYSIA tidak pernah merdeka. Kerana melalui pengabungan tiga pemerintahan
yang sudah sedia merdeka maka wujud lah Malaysia yang merdeka. Dalam
pengabungan tiga pemerintahan ini tidak wujud perkataan "menyertai
Malaysia" kerana Malaysia wujud setelah pengabungan ini dan Malaysia tidak
wujud jika tiada pengabungan tiga pemerintahan ini. Masih tidak faham? Jika
ya...Anda mempunyai masalah subjek sejarah atau pun anda telah lulus dengan
sangat cemerlang dalam subjek sejarah.
Persoalan seterusnya. Adakah Sarawak dan Sabah setaraf
dengan Persekutuan Tanah Melayu. Jawapan yang mudah. YA!. Penerangan yang
mudah, Sarawak atau Sabah tidak sama taraf dengan Pulau Pinang, Kedah, Pahang
dan yang sewaktu dengannya. Negeri~negeri yang terbentuk di Tanah Melayu adalah
di bawa naungan Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Tanah Melayu setaraf
dengan Sarawak dan Sabah. Maksudnya, Sarawak dan Sabah adalah lebih besar dari
semua negeri~negeri di bawa Persekutuan Tanah Melayu.
Kesimpulannya, pengabungan antara tiga pemerintahan yang
merdeka MALAYSIA sepatutnya dipanggil PERSEKUTUAN NEGARA MALAYSIA. Ini
kerana tiga buah kerajaan yang merdeka dan berbeza bergabung menjadi satu.
"United State Of Malaysia" ?
Terlalu banyak persoalan yang timbul dalam kes ini. Adakah bendera Malaysia perlu dikebarkan pada setiap 31 Ogos? Bukankah hanya bendera Persekutuan Tanah Melayu dan Sabah yang patut dikebarkan? Kemana kah sudah bendera Persekutuan Tanah Melayu? HILANG? Bukankah bendera Malaysia perlu lebih dikebarkan pada 16 September 1963? Bendera Sarawak perlu dikebarkan pada 22 Julai 1963? Kenapakah kerajaan tidak mengambil berat tentang perkara ini? Kenapa kerajaan tidak menjelaskan perkara ini? Terlalu banyak soalan dan terlalu sedikit jawapan. Adakah kerajaan perlu membiarkan generasi baru dan rakyat sendiri mencari jawapan?
Terlalu banyak persoalan yang timbul dalam kes ini. Adakah bendera Malaysia perlu dikebarkan pada setiap 31 Ogos? Bukankah hanya bendera Persekutuan Tanah Melayu dan Sabah yang patut dikebarkan? Kemana kah sudah bendera Persekutuan Tanah Melayu? HILANG? Bukankah bendera Malaysia perlu lebih dikebarkan pada 16 September 1963? Bendera Sarawak perlu dikebarkan pada 22 Julai 1963? Kenapakah kerajaan tidak mengambil berat tentang perkara ini? Kenapa kerajaan tidak menjelaskan perkara ini? Terlalu banyak soalan dan terlalu sedikit jawapan. Adakah kerajaan perlu membiarkan generasi baru dan rakyat sendiri mencari jawapan?
Penerangan ini hanyalah melalui pengetahuan sendiri melalui
sumber yang terhad. Tulisan ini hanya bertujuan untuk kita berfikir sejenak
tentang perkara ini..







..jpeg)




